1 Day Trip @ Universal Studio Singapore!

Akak baru kembali ke Tanah Melayu dari Pulau Temasek kelmarin (Selasa 10 haribulan). Hiks! Purbakala sangatz.. Ilang akal wehh.. Pegi Singapore balik hari. Semata-mata nak pegi Universal Studio. Macam jenjalan pegi Genting je kan… Uolss mampooo? Penat dowh! Rasa macam baru lepas beranak jalan kengkang-kengkang. Betis tengkuk semua sakit! Hambikkk!

Baiklah, mehla akak ceritakan kronologi 1 day trip akak ke Singapore ni. Masa Universal Studio Singapore (USS) baru bukak 2 tahun lepas, hati ni memang meronta-ronta sangat nak ke sana. Tapi entahla, masa dan kesempatan takde kot.

Akak ke USS tu dengan dua orang partner in crime akak iaitu bestfrench akak dan personal trainer yang tak asing lagi iaitu Syahir! Hhaha.. Memang menjadi aje kalo berjalan dengan budak dua eko nih..

Kitorang beli teket pon last menet. Tapi tak risau sangat sebab pegi weekdays. Tambang Air Asia pun murah. Lepas tu, teket masuk USS pon murah sikit iaitu SGD68 berbanding peak season. SGD74. Kalo convert duit kita, lebih kurang RM167 la. Teket masuk USS ni kena book online, lepas tu print je dari website dia. Senang keje.

Walaupun pagi-pagi buta, muka tetap ceria okeh!

Flight dari LCCT ke Singapore kami jam 6 pagi, tapi pukul 2.30 pagi akak dah bangun mandi dan pukul 3 pagi akak kutip Syahir dan member akak kat rumah dorang masing-masing. Nasib baik rumah kami dekat-dekat je. Kitorang sampai LCCT lebih kurang 4.30 pagi. Isi perut dulu kat Old Town, baru kitorang check in. Eh, akak dah check in thru web Air Asia, so tinggal boarding jela. Just tunjuk je kat Imigresen teket yang dah siap print tu. Setel!

Sebelum boarding

Alhamdulillah, flight Air Asia tak delay. Jam 7 pagi kami dah sampai ke Singapore Changi Airport.

Yeay.. Sampai dah

Ujie Wuzea..

Kasut mestilah seswaiiii.. Jangan mengada nak pakai high heels

Lepak jap sambil-sambil tunggu Syahir sapkok sebatang dua. Maklumlah, nanti dah tak boleh nak sapkok kat tempat awam dah.

Sapkok lu…

Lebih kurang jam 8.30 pagi kitorang setel kat airport dan mula bergerak ke Terminal 1 untuk mencari MRT nak ke Sentosa Island tempat terletaknya USS tu. Nasib baiklah si Syahir ada. Kalau kitorang berdua je yang pegi, haruslah terbangak-bangak apa dulu nak dibuat. Mungkin sesat sampai ke mana-mana agaknya.

Sambil jalan dalam airport tu, sempatla amik gamba. Bata pun ada uols!

Budak berdua ni tengah godek BB masing-masing. Boleh tak berBBM kat sana

Sebok je pakai baju merah gak

Peramugara, peramugari dan peramugaru yang berbaju merah

Kitorang beli tiket MRT dari Changi Airport ke Harbour Front. Harga teket tu SGD2.30 tapi dikenakan deposit card sebanyak SGD1. So harga teket tu jadi SGD3.30 la. Nanti dah guna, bolehla redeem balik SGD1 tu. Teket pegi je akak redeem. Teket balik akak simpan buat kenangan. Takpela, SGD1 je.

Tengah membeli teket

Oleh kerana kami pegi waktu hari bekerja, so MRT tu agak penuhlah dengan orang nak pegi keje. Perjalanan dari Changi Airport ke stesen Harbour Front mengambil masa 24 minit dan ada lebih kurang 14 stesen yang kita kena lalu. Untuk sampai ke stesen Harbour Front, kami kena tukar train dua kali. So, sampai kat stesen Tanah Merah, kami turun sebab kena amik train lain ke Outram Park pulak. Dari airport ke Tanah Merah tak lama sangat perjalanan dia. Dalam dua stesen je dan train pun tak penuh sangat. Dapatlah tempat duduk.

Dari Tanah Merah ke Outram Park amik masa lama sikit. Train pulak penuh sebab orang lain sibuk nak pegi keja, kami pulak sibuk nak berjalan. So, memang berdiri jelah dari stesen Tanah Merah ke Outram Park tu.

Uiii.. Ramainya orang nak gi keje..

Tu route MRT.. Siap ada blink-blink untuk tunjuk kita da sampai stesen mane

Dah sampai ke stesen Outram Park, kena turun lagi sekali untuk tukar train ke Harbour Front. Nak menyampaikan ke stesen Harbour Front ni, ada 3 stesen yang kami kena tempuh. Tapi kejap jela.

Haa.. Sampai dah Stesen Harbour Front. Kena jalan sikit untuk ke VivoCity/Sentosa Express

Kiranya stesen Harbour Front ni lah pusat bandar Singapore. Kat sini ada satu shopping mall terbesar iaitu VivoCity. VivoCity ni, selain shopping mall, dia jugak jadi hub pengangkutan untuk ke sekitar Singapore sebab kat situ ada MRT station (stesen Harbour Front tu la), stesen bas dan jugak Sentosa Station yang menyambungkan pengunjung ke Sentosa Island. Sentosa Station terletak di level 3 Vivocity. Kami kena amik train Sentosa Express untuk ke Sentosa Island. Tambang untuk 2 hala ialah SGD3. Perjalanan dari Sentosa Station ke Sentosa Island ni mengambil masa lebih kurang 4 minit je. Selain naik train, pengunjung pun boleh naik cable car tapi tambang dia mahal sikit la iaitu SGD14. Tak kuasa kot nak bayar sampai RM35! *Matila kedekut..

Tunggu train ke Sentosa Island

Sentosa Station

Rasanya ni pelabuhan sebab banyak kontena-kontena, kapal-kapal

Dah nak sampai Sentosa Resort World

Sampai ke USS lebih kurang 10.30 pagi. Oh ya, waktu operasi USS adalah bermula 10 pagi – 7 malam (weekdays) dan 10 pagi – 9 malam (weekend/public holiday). Acara wajib yang kena buat bila sampai ialah amik gamba kat mercu tanda utama USS iaitu sebuah globe besar yang bertulis UNIVERSAL STUDIO. Bukti beb, bukti! Kah kah..

Bokti!

Dah puas bergambar kat perkarangan USS tu, kami pun masuk. Bagi yang book secara online, memang kena print siap-siap teket tu. Jadilah teketnya sebesar kertas A4 kan! Hihi..

Kaunter teket yang penuh dengan pengunjung

Dah masuk tu, terus jadi excited sampai nak menyudu si Syahir..

Tatau nak pegi mana dulu. Seb baik ada peta. Untuk pengetahuan, dalam USS tu ada 7 zone yang menjadi tarikan utama iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Kami mula dengan zone Madagascar dulu.

Zone Madagascar ni diinspirasikan daripada filem paling hit DreamWorks Animation iaitu filem Madagscar la. Haha. Kat sini banyak hutan-hutan, pokok-pokok, replika haiwan dan macam-macam lagi la.

Antara tarikan utama di zone ini ialah River Ride Adventure in Madagascar. Kat sini kami naik bot dalam sungai buatan sambil menonton watak-watak dalam Madagascar tu di sepanjang sungai. Memang menarik dan sesuai untuk orang dewasa. Kanak-kanak apatah lagi. Sure enjoy punye! Tapi kalau ketinggian kurang dari 80cm, tak boleh naik sebab takut kang tercampak pulak dalam sungai tu sebab ada macam terlambung-lambung sikitla..

Laluan masuk yang diperbuat daripada buluh. Lengang je kan? Kalo peak season, haa.. Beraturla sepanjang-panjang laluan tu!

Bot baru mula nak bergerak

Antara watak dalam filem animasi Madagascar

Ditaja oleh Maybank

Selain River Boat Ride ni, ada jugakla seksyen khas untuk kanak-kanak ala-ala Merry Go Round. Tapi motif akak nak naik benda ni kan? So, marilah kita ke zone seterusnya iaitu Far Far Away.

Dalam zone ni ada rumah Shrek, ada castle Far Far Away, pastu boleh bergambar dengan Watak Shrek dan Fiona.

Rumah Shrek

Syahir je yang sempat bergambar dengan Shrek dan Fiona. Benci!

Yang terpaling terbest, ada Shrek 4-D Adventure. Memang wajib tengoklah! Macam biasa, kena pakai spek.

Panjang giler barisan nak beratur

Dalam wayang 4D tu tak boleh nak amik gambo, so takdelah gambo ye..

Lepas keluar tu, sempat lagi amik gamba kat luar sebelum kitorang masuk pulak tengok Donkey Live Show.

Cool giler simbol toilet dia

Kat sini Syahir kena panggil dek Donkey tu untuk jawab soalan – Why Malaysia is called Truly Asia? Haa.. Menjawablah ko di situ. Huhu..

Lepas dah setel kat zone Far Far Away, kitorang bergerak pulak ke zone Lost World.

Di zone ini, dibahagikan pulak kepada 2 seksyen iaitu Jurassic Park dan Water World, khas untuk peminat 2 filem blockbuster ni. Kat seksyen Jurassic Park ofkosla banyak patung dinasour. Sempatlah amik gamba walaupun hujan renyai-renyai. Ride sume tu kitorang tak naik sebab macam tak mencabar. Haha belagak.

Masa tu dah agak lewat, so kami bercadang nak lunch. Teruslah kami ke sini..

Tengah usha nak makan ape..

Sekali.. Amoi tu cakap.. “This is non-halal restaurant. We serve pork“. Ok, fine! Sudahnya kitorang tahan je kelaparan tu sampai jumpa tempat yang halal punye.

Seksyen Water World paling best! Kita dapat tengok dorang lawan-lawan secara live. Ada tembak-tembak, tangki minyak meletup, ada speedboat muncul dari dalam air, ada aircraft terbakar. Pendek kata memang bestla. Water World show ni ada 3 kali iaitu pukul 12 tengahari, 3 petang dan 5 petang. Kitorang tengok yang 5 petang punye.

Pentas lakonan. Siap ada kapal sume..

Lautan manusia

Kesian budak ni kena siram air. Abes lencun!

Pelakon-pelakon tu jahat gila! Sementara tunggu penonton masuk dan show start, dorang simbah-simbah kitorang dengan air. Pakai paip la. Pakai baldi. Penonton yang duduk kat bawah sekali dah siap pakai baju hujan. Maybe dorang dah tau. Lagi keji dorang masuk celah-celah penonton, pastu simbah air. Yang kitorang ni terjerit-jeritla sebab takut basah.. Haha.. Yang budak kena siram tu, pelakon tu panggil ke bawah, suruh budak tu pancutkan air kat sape-sape yang dia nak. Tengah dia pancutkan air tu, dia pun kena siram sekali. Lawak je..

Tengok mamat pakai bandana tu. Tengah carik mangsa yang nak disiram

Salah satu props. Siap terbang pastu terbakar masuk dalam pentas. Gilerr!!

Kat seat ni dah bagitau SPLASH ke SOAK

Splash zone oke lagi.. Percik sikit-sikit je..

Hahaha.. Sape duduk kat Soak zone memang kuyup laa..

Sempat bergambar dengan pelakon-pelakon

Dinding yang diperbuat daripada tampalan zink. Memang kreatif!

Zone seterusnya yang kitorang pegi ialah Ancient Egypt.

Kat sini banyak binaan-binaan Mesir dahulukala. Ada patung Sphinx, piramid dan patung-patung lain.

Paling best kat sini dia punye indoor roller coaster – Revenge of The Mummy. Nak tercabut gakla jantung naik benda alah ni. Tapi best. Kat sini, kita kena tinggalkan beg dalam locker yang disediakan. Yelah, kang ada pulak beg yang tercampak, kan? 20 minit pertama kita letak percuma je.

Muka kecut perut lepas naik roller coaster

Ha, bagi sape-sape yang nak solat, kat zone Ancient Egypt ni ada surau disediakan. Tapi dia belah-belah belakang sikit.

Lepas dah puas kat sini, zone seterusnya ialah Sci-Fi City.

Zone ni memang paling melampau-lampau bestnya. Kat sini ada roller coaster tertinggi dunia – Battlestar Galactica : HUMAN vs CYCLON. Kita boleh pilih nak naik yang mana. Opkozla akak naik dedua. Memula naik yang HUMAN punye, pastu naik yang CYCLON pulak. Yang HUMAN tu, seat dia tertutup so seram dia akak bagi 10/10 bintang dan yang CYCLON pulak, kita duduk tapi kaki tergantung. Ko mampu? Memang ilang suara menjerit kat sini. Abes dilibasnya badan kitorang. Masa benda alah ni turun laju-laju, jantung akak macam tertinggal kat atas. Uwaaaaa… Ngeri! Tapi best.. Yang CYCLON punye akak bagi 11/10 bintang! Haha.. Bley? Ni kalo orang tgh preknen, ko duduk je jaga beg kat bawah tengok orang lain naik. Memang boleh terberanak teruslah. Huhu.. Akak sampai kena bukak spek mata sebab takut melayang sekali. Merasa la rabun kat atas tu.

Tengok dia punye begulung tuhh.. Route HUMAN dan CYCLON tu dibezakan dengan kaler merah dan biru

Hambek ko!

Pastu kan, sambil kita naik tu, kan ada camera yang amik gambo kita. Pastu terpulanglah kita nak beli ke tak. Akak tengok kat screen tempat dorang display gamba tu, keji giler muka gua ketakutan. Ala-ala melentok pasrah gitu. Ada yang muka macam nak menangis, ada yang tengah menjerit. Hahaha lawak giler gelakkan muka orang lain padahal tak sedar diri orang lain gelakkan muka akak gak.. Tapi akak tak beli pun gambo tu.

Lepas dah naik roller coaster tu, amik gamba pulak dengan kereta Camaro kuning. Memang hensemlah keta tu.

Haa, yang ni paling best. Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle. Kat sini kita join Optimus Prime dan Autobots lawan Decepticons. Memang real la bila kena hentak sume tu. Macam biasa, kena pakai spek khas tu. Kat sini pun orang preknen atau yang mual-mual tak bleh naik. Kang ada yang muntah dalam tu. Oh ya, dalam banyak-banyak benda yang akak masuk, Transformers Ride ni la yang paling lama nak kena tunggu. Dalam setengah jam jugaklah beratur. Sebenarnya kat luar setiap tempat tu, dorang ada tunjukkan estimate time yang kita boleh bajet. So, kalau sanggup nak tunggu, beratur jela. Kalau tak, pegi main kat seksyen lain dulu, baru datang semula bila dah free sikit. Yang Transformers Ride ni, akak masuk dua kali. Hahaha.. Lepas masuk kali pertama, akak pegi zone lain dulu. Pastu dsh petang-petang sikit, baru akak masuk sekali lagi. Orang pun tak ramai dah. Beratur kejap je dah dapat naik.

Memang berpeluh ketiak beratur nak masuk ni

Lepas kecut-kecut perut kat zone Sci-Fi, kitorang menuju pulak ke zone New York.

Kat sini kita boleh tengok real-time production movie. Dalam tempat tu, dorang sediakan macam pentas yang kita boleh tengok secara live macamana ribut taufan dibuat. Kat keliling pentas tu ada air kononnya lautlah. Nama show ni ialah Lights, Camera, Action hosted by Steven Spielberg. Yang paling kagum, tetiba ada kapal macam kapal Titanic masuk dalam air kat pentas tu. Siap ada minyak tumpah dalam air, pastu ada api dan memang kita boleh rasa panas jugak. Terbaekk la!

Lepas dah tengok tu, baru kitorang gi makan. Makan tu kat zone Hollywood.

Nama restoran tu Mel’s Drive In. Dia jual burger, hotdog camtula. Ni antara restoran yang halal kat dalam tu.

Lepas makan, barulah pegi tengok show Water World macam yang akak cerita kat atas tu. Lepas Water World Show, akak gi solat kat Ancient Egypt. Pastu patah balik ke restoran tempat makan tu sementara tunggu Syahir tengok Monster Rock. Dracula nyanyi kot. Akak malas nak masuk. Kat luar restoran tu pun ada live show nyanyi-nyanyi gak.

Kat zone Hollywood ni jugak kita boleh amik gamba dengan Marilyn Monroe.

Malas nak beratur tunggu giliran. So amik dari jauh je..

Haa, tu la dia 7 zone semuanya. Akak takdelah explore semua benda. Kalau sume benda nak main, nak masuk, silap-silap kena lepak sana 2 hari. Cuma sape-sape yang nak pegi USS nanti, benda yang wajib main/masuk : Transformers Ride, Human vs Cyclon, The Mummy Revenge, Water World Show dan Madagascar River Ride.

Dekat-dekat pukul 7 bila USS tu nak tutup, barulah terhegeh-hegeh nak beli souvenir bagai. Mahal dowh! Keychain je sampai SGD6. Fridge magnet sampai SGD7. Tak ke dekat 20 hengget tu? Last-last beli kipas lipas yang ada cop Universal Studio je. Haha.. SGD2.90! Jadilaa dari takde..

Dari Sentosa Island tu, kami gerak balik ke Harbour Front (VivoCity) untuk amik train ke Changi Airport semula. Sempatlah window shopping jap kat VivoCity tu. Lepas dah cuci mata, beli teket, terus je naik train. Orang memang ramailah kat stesen tu sebab time balik keje kan? Merasa la berdiri sampai ke Tanah Merah. Macam perjalanan pegi jugak, kena turun untuk tukar train di stesen Outram Park dan Tanah Merah.

Teket MRT dan Sentosa Express

Budak yang kepenatan

Sampai airport lebih kurang pukul 9. Solat siap-siap, lepak-lepak kejap, dalam pukul 10.50 malam kitorang masuk ke ruangan menunggu. Patutnya flight pukul 11.35 malam tapi masa tu kat KL hujan lebat, so delayla sampai dekat pukul 12 malam. Kami sampai LCCT lebih kurang pukul 1 pagi.

Haa, lupa nak cite yang kami park kereta kat LCCT je. Tau bape hengget kitorang kena? 40 hengget 50 sen kena bayar duit parking! Hahaha. Yelah, 20 jam 47 menet kot. Oklah, daripada nak soh orang anta dan jemput. Kata trip sehari..

Sampai Kota Damansara dalam 2 lebih. Betis, pinggang, tengkuk sume jangan cakaplah. Lenguh nak mati. Uwaaaaa.. Penat. Rasa macam nak pegi spa urut malam tu jugak. Haha

Secara keseluruhannya, pengalaman berjalan ke Singapore dan meneroka Universal Studio ni memang sangat-sangat mengujakan. Rasa macam nak pegi lagi. Ada sape-sape nak belanja akak tak? Akak sanggup jadi pemandu pelancong. Haha..

Okla, penat dah bercerita. Harap anda baca sampai last hurup sebab penat okeh nak menaip nih..

Oh ya.. Kos ye? Ok, tambang pegi balik LCCT – Singapore = RM181, kos masuk USS = SGD68 / RM167, tambang dari Changi Airport ke Harbour Front = SGD2.30 x 2 (pegi balik) atau RM11.40, tambang dari Harbour Front ke Sentosa Island = SGD3 / RM7.35. Akak makan set hot dog = SGD11.80 / RM29. So total RM395.75. Untuk souvenir tu, terpulanglah. Macam akak, akak tukar SGD100 je untuk belanja makan dan souvenir. Ada bawak balik dalam SGD10 lagi. Padahal banyak lagi tapi kat airport gatal tangan nak mengabeskan duit tu. Akak belilah keychain, fridget magnet. Tapi ada lah dalam bape ketul je.

So, korang.. Apa lagi.. Pergi serang USS sekarang! Daaa…

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

17 comments on “1 Day Trip @ Universal Studio Singapore!

  1. Mak aihhhh, semangatnya balik hari mana tak penat. ha lain kali kalau nak jalan2 rasa nak cari hotel murah-murah tengok je kat agoda :)

  2. melampaui norma norell

  3. Thanks info yang sgt berguna, lg real sb pengalaman sndiri. Saya yg duk JB blm msk lg US….blm berkesempatan tpi dh tgk sekitarnya dan tgk pertunjukan bunga api, laser di situ…

  4. Kan?

  5. Hehhe.. Pegila.. Tp tula..masa saya belaja kat utm dulu pon tak pernah jejak kaki ke spore..

  6. dyahaha on said:

    salam sis, nak tnya. express pass tu kena sorang je ke gunakan or bole pass2 sesama sendiri?hehe…

  7. sorang satu daaa…waahhhh ko.. bankrap singapore kalo share2..haha

  8. akak, kalau ayah sy booking kn tket n guna nama dia. pastu sy print n sy bwk g sana. dorang ada mintak apa2 x..

  9. siti mariah mazan on said:

    bestnyer tp sy x ble g lg, sbb anak2 kecik lg…kna tgu diorang bsar dlu bru leh g uss…

  10. Akhirnya berjaya juga ke USS semlm….mmg terbaik.

  11. Huhu cayalah Yon. Ramai org tak?

  12. Alhamdulillah, plan pergi hari yang bukan cuti hujung minggu dan bukan cuti umum, jd x delah ramai dan jenuh nk beratur.Lbh2 lagi dh baca tip dari blog ni. Cuma perjlnn x delah mencabar sb ambil je pakej dar Larkin terus sampai. Hari biasa murah sikit.

  13. park yuzz on said:

    best nyer baca kisah awak.saya akan ke sana 1feb ni ngan family.arap2 x ramai sangat org…

  14. khairul202020 on said:

    Terbaik. Skrang kat changi airport. 3 hari 2 malam kat uss. Tido kat festive hotel uss. Pegi tengok akuarium, masuk uss dan mandi kat water park. Semua skali sgd 1000. Tambang teksi sgd 20 dr. Airport ke uss. Air asia rm 1300. Pegi ngan famili. 3 dewasa 2 budak.

  15. salam. saya 1st time nak gi USS. jalan2 blog org, tersesat ke sini plk. bestnya baca cite awak. x sabar nak gi uss 20hb. nie. nak tanya dkt bilik solat tu ada disediakan telekung ker? bilik solat tu ada kat ancient egypt aje ker? tq yer in advance.

  16. Ujie on said:

    Yup ancient egypt. Tersorok sikit blkg firaun tu. hehe. Telekung ada. Selamat jenjalan ;-)

  17. shayrarose on said:

    kami nak gi 7julai ni..nak gi ngan encik suami ngan 3 anak (3thn & twin 2thn)…ade tak org yg masuk tu bwk stroller?senang ke klu bwk stroller specially twin stroller?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

Switch to our mobile site