Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kejadian sebulan lepas, baru nak cerita. Keji tak? Hihi.. Pada 22 Mei lepas,  saya dan beberapa rakan sekelas semasa di MRSM Jasin dulu berkumpul di rumah Atikha untuk mini gathering. Tak ramai pun. Yang ada, saya, Wal, Eyja, Kak Norm dan Atikha sebagai tuan rumah. Sepatutnya salah seorang lagi rakan kami iaitu Dayat pun ada tapi tak jadi datang. Walaupun tak ramai, rumah Atikha tetap riuh.

Sebahagian ex-5J MRSM Jasin

With Kak Norm

Mini gathering ini diadakan sempena meraikan harijadi saya (20 Mei) dan harijadi Atikha (22 Mei). Atikha masak menu istimewa iaitu nasi tomato. Eyja bawak spagethi. Kak Norm bawak sambal Jawa dan saya pulak gedik bawak pai daging dan pai epal. Feeling American gitu. Pai epal ni percubaan saya pertama kali dan pai daging percubaan kali kedua. Resepi pai ni saya Google je. Pastu saya ubah sikit dengan menggabungkan beberapa resepi.

Resepi pastrinya lebih kurang sama cuma kalau untuk pastri pai epal, kita letak gula manakala pastri untuk pai daging, kita letak garam. Meh saya kongsi resepinya.

Pai Daging

Bahan-bahan untuk pastri

1. 250g tepung gandum
2. 150g mentega (Saya guna jenama Buttercup je)
3. Secubit garam
4. Sebiji kuning telur
5. 30ml air sejuk

Inti

1. Daging cincang
2. Bawang merah
3. Kentang atau sayur campuran
4. Kiub ayam
5. Cendawan butang
6. Tepung jagung untuk memekatkan
7. Sos tiram
8. Lada hitam atau lada sulah

Cara-cara nak buat pastri

1. Sukat 250g tepung dan 150g butter. Tambahkan secubit garam

2. Gaul tepung gandum dan mentega sampai jadi macam serbuk roti

3. Bancuh kuning telur dengan air sejuk. Masukkan dalam campuran tepung dan mentega tadi

4. Uli perlahan-lahan sampai sebati

5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit

6. Bahagikan kepada 2 bahagian

7. Canaikan setebal 1/2 cm

Nota : Tambahkan air sejuk sikit kalau doh tu melekat

Cara-cara nak buat inti pai daging

1. Tumis bawang

2. Masukkan daging cincang

3. Masukkan kentang atau sayur campuran

4. Masukkan kiub ayam dan sos tiram

5. Tambah lada hitam atau lada sulah

6. Biarkan sampai empuk

7. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah

8. Angkat dan sejukkan

Langkah terakhir

1. Pastri yang dah dicanai tu, dimasukkan ke dalam bekas pembakar. Biar terlebih sikit

2. Masukkan inti

3. Tutup bahagian atas inti dengan bahagian pastri yang satu lagi

4. Kemaskan antara dua bahagian pastri tu dan buangkan bahagian yang terlebih

5. Tekankan hujung pastri tu dengan garfu. Satu, untuk bagi kedua-dua belah pastri tu bercantum, satu lagi nak bagi dia lawa. Hehe

6. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 180 darjah

7. Bakar pai selama 30 minit lagi dengan suhu yang sama

8. Lepas masak, biarkan selama 10 minit dalam oven

9. Pastu, makanle panas-panas

Nota : Untuk pastri pai epal, garam tu ganti dengan gula

Bahan-bahan untuk pai epal

1. 6 biji epal

2. 50g gula

3. 2 sudu besar air

4. 3/4 sudu serbuk kayu manis (saya tak suka letak)

Cara-cara nak buat inti pai epal

1. Buangkan kulit epal dan potong dadu (kasar-kasar)

2. Masukkan dalam periuk dan masakkan dengan api perlahan

3. Masukkan gula dan air

4. Rebus sampai agak empuk

5. Sejukkan

Serupa macam pai daging tadi, isikan dalam bekas pembakar. Bakar dan makan panas-panas. Nyam nyam..

Saksikanlah pai daging dan pai epal saya..

Pai daging yang baru dibakar

Pai epal yang juga baru dibakar

Pai epal & daging

Pai daging yang dah dingap!

Pai epal

No Comments :(